Assalamualaikum semua :D
Semalam hari lahir aku. Hehe
Kalau korang tengok kat atas tu, tu sebenarnya bukan bilangan sebenar.
Sebab ada je yang wish kat chat, message, etc.
Thanks kt sesape yang wish :P
Tapi disebalik kegembiraan menyambut hari lahir,
Aku teringat kepada Yang Maha Esa.
Yang telah memberiku hidup selama ini.
Ya ALLAH
Sempena hari lahir ini
Ku sujud syukur padaMU
Kerana masih memanjangkan usiaku ini
Sedangkan kematian itu semakin menghampiriku
Ya ALLAH
Ku pohon padaMu
Dengan bertambahnya usiaku ini
Janganlah ku lalai dari mengingatiMu
Sedangkan dikau tidak pernah melupakanku
Ya ALLAH
Ku tahu ENGKAU sentiasa menyayangiku
Sebab itu diriku selalu diduga olehMu
Ya ALLAH
Andai ini usiaku yang terakhir
Terimalah taubatku, ibadatku dan amalanku ini
Ya ALLAH
Syukurku dengan hadiah yang kau berikan ini.
Kau berikanlah aku ketabahan dalam mengharungi cabaran dalam menuntut ilmu
Agar aku memperolehi kejayaan yang diidamkan.
Serta dapat menggembirakan ibubapaku dan guruku.
Amin.
June 3, 2012 at 6:36 AM
moga2 doamu termakbul ..
selamat hari tue !
June 7, 2012 at 10:13 AM
Thank you uda.. :)
Tkde adiah ke? Hehe